Bajet Pertama Anda: Lebih Mudah Daripada Yang Anda Sangka
As'Salam dan Salam sejahtera buat semua pembaca, Tajuk perkongsian kita adalah berkaitan dengan memulakan Bajet Pertama. Semoga perkongsian ini menambah nilai dalam kehidupan Tuan/Puan...
Bila disebut
sahaja tentang bajet, ramai diantara kita yang terus rasa rimas atau
cemas. Tapi sejujurnya, persediaan bajet bukanlah sesuatu yang menakutkan. Ia
bukan tentang menyekat diri, tetapi ianya memberi penjelasan dan kawalan
terhadap wang kita. Sama ada kita menguruskan perniagaan, bekerja sendiri, atau
sekadar mahu urus kewangan peribadi dengan lebih baik, bajet pertama kita boleh
jadi mudah dan sebenarnya sangat melegakan.
Cuba
wujudkan sedikit simpanan kecemasan. Tak perlu banyak, mula dengan sedikit
asalkan konsisten. Wang tunai tambahan ini akan sangat membantu bila berlaku
kecemasan atau peluang tiba-tiba muncul. Bila anda bersedia, anda tak mudah
panik. Ada pelbagai teknik yang boleh digunakan seperti teknik 50:30:20 dan
sebagainya. (boleh tanya dengan pakcik Google, kalau tak tahu…)
Akhir
sekali, kelebihan sebenar bajet bukan pada angka tetapi pada ketenangan
fikiran. Kita tahu ke mana wang kita dibelanjakan dan itu memberi kita kuasa
untuk buat pilihan dengan yakin. Dari situ, kita akan lebih fokus dalam bisnes
dan dalam hidup.
Kamaruzzaman Bin Kamaludeen (Coach KK) juga kerap menjalankan kelas kelas dalam tajuk "Margin- Secrets and Application", "Costing & Pricing" dan "Nusiness Model Canvas" untuk usahawan usahawan IKS
Tuan /Puan yang memerlukan bantuan nasihat perniagaan boleh menghubungi saya (Kamaruzzaman Kamaludeen ) untuk bantuan ditalian 019- 445 6669.

Comments
Post a Comment