Kenapa kita perlukan menetapkan Sasaran Kewangan yang Betul Berkesan
As'Salam dan Salam sejahtera buat semua, Perkongsian hari ini adalah berkaitan dengan kenapa kita perlu tetapkan sasaran kewangan yang "BERKESAN" buat kita... Teruskan bacaan, semoga bermanfaat. Kita semua pernah berkata “nak simpan lebih banyak,” “nak jana lebih banyak pendapatan,” atau “nak hapuskan hutang tetapi secara terus terang, kebanyakkan sasaran kewangan ini cepat sangat hilang dari radar. Bukan sebab kita tak bersungguh. Tapi selalunya kerana kita tak tetapkan sasaran dengan cara yang benar-benar berkesan. Sama ada kita menguruskan perniagaan atau ingin perbaiki tabiat kewangan peribadi, rahsia kepada sasaran kewangan yang menjadi adalah strategi dan niat yang jelas, bukan sekadar angan-angan. Mula dengan jadi spesifik. Sasaran yang kabur seperti “nak tingkatkan pendapatan” tidak akan membawa kita jauh. Sebaliknya, tetapkan matlamat yang jelas seperti “jana tambahan RM5,000 dalam suku tahun ini” atau “kurangkan perbelanjaan bulanan sebanyak R...