Menguruskan Ego kita dalam menguruskan Perniagaan

 As'Salam dan Salam Sejahtera, 

Bertemu kita kembali hari ini untuk satu lagi perkongsian menambah ilmu harian kita. Topik hari ini, kita akan berkongsi mengenai ego dan cara menguruskannya dalam perniagaan.

Dalam perniagaan, kejayaan memang manis dan menjadi idaman setiap usahawan,. Tapi kadang-kadang, bila kita terlalu fokus nak menang, ego boleh jadi musuh dalam selimut. Ego yang tak dikawal akan  menjadikan kita kita susah nak dengar pandangan orang lain, sukar terima kritikan, dan akhirnya menjauhkan kita dari peluang untuk belajar dan berkembang.

 

Pertama sekali, kita kena sedar yang tak semua benda kita tahu. Tak kira berapa lama kita dah berniaga, masih ada ruang untuk belajar. Bila kita merendah diri, kita lebih terbuka untuk menerima idea baharu, tunjuk ajar daripada mentor, dan input berharga daripada team kita sendiri. Ego yang besar hanya akan buat kita rasa kita sentiasa betul.

 

Kedua, belajar untuk dengar dengan hati terbuka. Bila ada orang bagi feedback — walaupun pedas — jangan terus defensif. Ambil masa untuk nilai, fikir balik dan tanya diri sendiri, “Ada betulnya tak apa yang dia cakap?” Kadang-kadang kritikan tu bukan nak jatuhkan kita, tapi nak bantu kita naik lebih tinggi.

 

Ketiga, jangan takut untuk mengaku salah. Ramai usahawan anggap mengaku salah tu tanda kelemahan. Tapi sebenarnya, itulah kekuatan. Bila kita berani bertanggungjawab, kita bina kepercayaan dengan team, pelanggan dan rakan bisnes. Orang lebih hormat bila kita jujur dan berani hadapi kelemahan sendiri.

 

Keempat, elakkan buat keputusan hanya untuk puaskan ego. Keputusan bisnes sepatutnya berdasarkan fakta, strategi dan nilai jangka panjang. Jangan buat sesuatu hanya sebab nak “tunjuk siapa lebih hebat” atau sebab nak menang hujah. Fokus kita sepatutnya untuk capai matlamat bisnes, bukan nak menang ego.

 

Kelima, jangan lupa diri bila berjaya. Bila bisnes makin naik, kita mudah rasa “aku dah power.” Tapi ingat, kejayaan bukan hasil usaha kita seorang. Ada team, ada pelanggan, ada sokongan sekeliling. Rendah diri bukan bermaksud kita lemah, tapi kita sedar siapa yang bantu kita sampai ke tahap tu.

 

Jadi, jom sama-sama kita kawal ego dalam perjalanan bisnes ni. Bukan untuk jadi lemah, tapi untuk jadi lebih kuat, lebih bijak, dan lebih dihormati. Bila ego dikawal, kita bukan saja jadi usahawan yang berjaya — tapi juga jadi insan yang lebih matang dan tenang.

Teruskan berjuang, guis!

 Teruskan berjuang, guis!




Kamaruzzaman Bin Kamaludeen (Coach KK) juga memegang jawatan sebagai Chief Growth Officer buat beberapa syarikat tempatan.

Tuan /Puan yang memerlukan bantuan nasihat perniagaan boleh menghubungi saya (Kamaruzzaman Kamaludeen ) untuk bantuan ditalian 019- 445 6669.

Comments

Popular posts from this blog

Mengapa Aliran Tunai adalah Nadi Perniagaan Anda

Cara Membina Budaya Perniagaan yang Kukuh