Peranan Kesyukuran dalam Kejayaan Keusahawanan
As'Salam dan Salam pembacaan. Hari ini perkongsian saya adalah berkenaan kesyukuran dan bagaimana sifat dan sikap kesukuran ini sepatutnya menjasi darah daging kita sebagai seorang usahawan. Teruskan bacaan...
Dalam kesibukan membina perniagaan seperti mengejar jualan, menguruskan pasukan, dan merebut
setiap peluang, kita sering terlepas pandang satu senjata yang sangat berkuasa:
ianya adalah kesyukuran. Mungkin bila mendengar ini, kita akan beranggapan
ianya tidak, tapi sebenarnya, kesyukuran adalah perasaan yang sangat penting
dalam dunia bisnes. Ia membantu kita kekal berpijak di bumi nyata, bertenaga,
dan kuat dari segi mental terutamanya bila melalui waktu - waktu sukar.
Kesyukuran mengubah fokus kita daripada apa yang kita
tiada kepada apa yang kita dah ada. Bila kita menghargai kemenangan –
kemenangan kecil seperti pelanggan baru,
ulasan yang positif, atau mesyuarat yang produktif, kita kn berjaya mengubah perasaan
kecewa kepada semangat yang baru. Perubahan mindset ini sangat penting untuk
kekal bergerak ke depan, walaupun hasilnya masih perlahan.
Ia juga memperbaiki hubungan dengan orang sekeliling kita
seperti pasukan kita, pelanggan, rakan kongsi, malah pembekal. Bila orang
dipersekitaran kita rasa dihargai, mereka lebih cenderung untuk terus menyokong
dan setia dengan kita. Kepercayaan dan kesetiaan itu boleh jadi tunjang kepada
perniagaan yang kukuh dan berpanjangan.
Kesyukuran juga mengurangkan tekanan yang tidak diperlukan.
Kita akan berhenti membandingkan diri dengan orang lain, dan mula fokus pada
perkembangan diri sendiri. Bila tekanan berkurangan, keputusan yang kita buat
lebih jelas dan rasional dan ini membantu untuk mengelakkan “Burnout”. Secara
tersembunyi, kesyukuran jadi alat rahsia untuk tingkatkan produktiviti.
Mindset yang bersyukur juga membuka lebih banyak peluang.
Ia menjadikan kita lebih peka, kreatif, dan terbuka untuk mencuba perkara baru.
Kita tidak lagi terperangkap dalam mod bertahan hidup sebaliknya, kita terbuka
untuk berkembang.
Bersyukur bukan bermaksud kita berpuas hati dan berhenti
bercita-cita tinggi. Ia cuma bermaksud kita menghargai perjalanan sambil terus
bekerja ke arah impian besar. Keusahawanan penuh dengan naik turun, tetapi
dengan hati yang bersyukur, hari-hari yang sukar pun terasa lebih bermakna.
Jadi hari ini, luangkan sedikit masa untuk renung
sejenak: Apa satu perkara yang paling anda syukuri dalam perjalanan bisnes
anda?
Teruskan usaha geng… dan jangan lupa untuk sentiasa
bersyukur di sepanjang jalan ini.
Kamaruzzaman Bin Kamaludeen (Coach KK) juga membantu syarikat syarikat IKS memasarkan produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran tradisional dan pasaran "Modern Trade". Hubungi beliau untuk bantuan seterusnya.
Tuan /Puan yang memerlukan bantuan nasihat perniagaan boleh menghubungi saya (Kamaruzzaman Kamaludeen ) untuk bantuan ditalian 019- 445 6669.

Comments
Post a Comment