Menghadapi Kritikan dan Maklum Balas

Menghadapi Kritikan dan Maklum Balas

Wahai usahawan, kritikan dan maklum balas adalah sebahagian daripada perjalanan anda. Walaupun ianya boleh membina semangat, tetapi ada masanya kita terasa seperti tamparan. Namun, cara kita menghadapi kritikan dan menggunakan maklum balas itu boleh menjadi penentu kejayaan anda.

Pertama, fahami bahawa kritikan bukanlah serangan peribadi. Kebanyakkan orang memberi kritikan berdasarkan perspektif mereka sendiri, bukan kerana mahu menjatuhkan anda. Bila anda menerima kritikan, cuba dengar dengan hati yang terbuka tanpa terus melatah. Tanyakan pada diri sendiri, “Apa yang boleh saya belajar daripada ini?”

Kedua, tapis maklum balas yang anda terima. Tidak semua kritikan itu membina atau relevan. Ada yang datang daripada orang yang tidak memahami situasi sebenar anda. Fokus kepada maklum balas daripada mereka yang benar-benar memahami bidang kita atau yang niatnya jelas untuk membantu anda berkembang.

Ketiga, gunakan maklum balas sebagai peluang untuk memperbaiki diri. Daripada merasa kecewa atau marah, ubah perspektif anda kepada cara yang lebih positif. Jadikan kritikan sebagai pemangkin untuk menambah baik perkhidmatan, produk, atau diri anda sendiri. Ini menunjukkan kematangan anda sebagai seorang usahawan yang sentiasa bersedia untuk belajar dan berkembang.

Kritikan dan maklum balas adalah cermin yang dapat membantu anda melihat aspek yang mungkin anda terlepas pandang atau “blind spot”. Jangan takut untuk mendengar, tapis apa yang penting, dan gunakan untuk membina versi terbaik diri anda. Jadi, bagaimana anda mahu mula melihat kritikan dengan cara yang lebih positif hari ini?

Teruskan Berjuang…..

 


Kamaruzzaman Bin Kamaludenn (Coach KK) adalah perunding perniagaan sepenuh masa. Beliau adalah finalis program Chartered Institut of management Accountants (CIMA), UK

Tuan /Puan yang memerlukan bantuan nasihat perniagaan boleh menghubungi saya (Kamaruzzaman Kamaludeen ) untuk bantuan ditalian 019- 445 6669.

Comments

Popular posts from this blog

Mengapa Aliran Tunai adalah Nadi Perniagaan Anda

Cara Membina Budaya Perniagaan yang Kukuh

Menguruskan Ego kita dalam menguruskan Perniagaan