7 Ciri Individu yang bakal Berjaya


Pemimpin, Ketua Organisasi, Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai kebolehan mengenalpasti calon- calon yang bakal berjaya. Bayangkan kalau kita mempunyai satu kaedah atau sistem yang membolehkan kita mengenalpasti individual yang bakal berjaya seperti mengenalpasti Individu – Individu seperti:-

aa)    Arnold Schwarzenegger semasa berusia 14 tahun sebelum menjadi Arnold Schwarzenegger yang      kita kenali ataupun
bb)   Michael Jordan sebelum menjadi MJ yang kita kenali
Saya ingin kongsikan bersama anda 7 ciri Individu yang bakal berjaya dalam hidup. Ini adalah berdasarkan kajian, pengalaman dan pemerhatian saya terhadap Individu – Individu yang berjaya bermula hari kehidupan mereka berusia berbelas tahun dan menjadi jutawan seawal umur 20an.

11.  Sangat Gemar Bersaing
Selalu bersifat ingin membuat sesuatu aktiviti dengan lebih baik, lebih cepat dan sentiasa membaiki kaedah membuat aktiviti tersebut. Dalam konteks kehidupan seperti perniagaan, bersukan, berpolitik dan sebagainya, Individu yang selalunya berjaya adalah yang paling kuat bersaing.
Kaedah yang selalunya berjaya adalah mengenalpasti Idola yang ingin diikuti dan bersaing secara berterusan, akan membawa kita ketahap yang sama ataupun lebih baik dari Idola kita

22. Tabiat menghabiskan urusan yang dimulakan.
Individu yang bakal berjaya akan merasakan keinginan yang kuat untuk menghabiskan urusan yang sedang dilakukan. Contohnya sekiranya sedang bermain Puzzle, Individu tersebut akan berusaha untuk menghabiskan puzzle tersebut sebelum memulakan urusan yang lain. Tabiat ini akan membantu individual yang bakal berjaya untuk memikirkan kaedah menyelesaikan masaalah sebab mereka perlu menghabiskan urusan yang telah dimulakan.

33. Kumpulan Bersama
Apabila kita banyak menghabiskan masa bersama kumpulan- kumpulan, Tabiat kumpulan yang kita bersama akan mempengaruhi pemikiran kita. Individu yang bersama kumpulan yang lebih berjaya, yang bersaing, yang belajar, dan yang sentiasa membaiki keadaan diri berpeluang untuk menjadi lebih berjaya bersama ahli kumpulan yang lain

44. Minda tidak berhenti memikir
Individual yang bakal berjaya sentiasa memikirkan langkah seterusnya. Sentiasa mencatitkan segala pemikiran, berbincang dengan pasukannya dan meneliti semua peluang yang mungkin.

55. Dipercayai oleh individual berkredibiliti
Diantara cara mengenalpasti Individu yang bakal berjaya adalah dengan membuat rujukan peribadi dengan individu- individu berkredibiliti yang dikenali oleh beliau.  Rujukan peribadi bersama individu- individu berkredibiliti ini akan memberi gambaran yang lebih jelas kerana selalunya adalah sukar untuk memperoleh kepercayaan dari mereka.

66. Sentiasa Belajar
Individu yang bakal berjaya sentiasa mempunyai keinginan untuk menjadi seorang pelajar dan menambah pengetahuan didalam bidang- bidang yang tidak diketahui. Tabiat ingin belajar dari sesiapa sahaja adalah diantara kunci pembelanjaran sepanjang hayat.

77.Taksub dengan matlamat
Individu yang bakal berjaya sentiasa memikirkan bagaimana caranya untuk mencapai matlamatnya. Apakah halangan yang menganggu, bagaimana cara mengatasinya, bila hendak melaksanakan langkah seterusnya dan apakah sumber – sumber tambahan yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut?

Diatas saya telah kongsikan 7 ciri individual yang bakal berjaya untuk rujukan Tuan/Puan. Semoga ada diantaranya yang memberi manfaat untuk kita terus membaiki kehidupan kita. Terima Kasih

Bizcoach KK ( Kamaruzaman Kamaludeen) adalah Principal Coach di Biz Doc Coaching and Consultancy dan Pengasas kepada program "Financial Mastery- 9FE Method"
Content Credit: Patrick Bet David

Comments

Popular posts from this blog

Mengapa Aliran Tunai adalah Nadi Perniagaan Anda

Cara Membina Budaya Perniagaan yang Kukuh

Menguruskan Ego kita dalam menguruskan Perniagaan