Kekal Rendah Diri di Saat Kejayaan
Kekal Rendah Diri di Saat Kejayaan
Kejayaan
adalah impian setiap usahawan, tetapi ianya juga boleh menjadi ujian besar.
Bila segalanya berjalan lancar. Kita dapati jualan meningkat, pelanggan
bertambah, dan pujian datang bertubi-tubi, maka ramai yang terleka dan lupa
asal-usul. Kekal rendah diri di saat kejayaan bukan sahaja menunjukkan
kematangan, tetapi juga memastikan anda terus berada di landasan yang betul.
Pertamanya,
ingat kembali usaha dan pengorbanan yang membawa anda ke tahap ini. Kejayaan
tidak datang dengan mudah ianya adalah hasil kerja keras, kesabaran, dan
sokongan daripada orang-orang di sekeliling anda. Bila anda sedar bahawa
kejayaan itu tidak berlaku secara sendiri, anda akan lebih menghargai proses
dan orang-orang yang membantu anda sepanjang perjalanan.
Kedua,
jangan lupa tujuan asal anda. Bila anda mencapai sesuatu kejayaan, ada kalanya
matlamat anda boleh berubah tanpa disedari. Pastikan anda sentiasa ingat kenapa
anda mula berniaga dan apa nilai yang anda ingin sampaikan. Kekal fokus pada
tujuan ini akan membantu anda mengelak daripada terpesong.
Ketiga,
jadikan kejayaan sebagai peluang untuk berkongsi kembali. Sama ada melalui
perkongsian ilmu, menyokong komuniti, atau membantu orang lain yang sedang
berusaha seperti anda dulu, tindakan ini bukan sahaja membuatkan anda lebih
bersyukur tetapi juga memperkukuhkan hubungan anda dengan orang sekeliling.
Kejayaan
adalah sesuatu yang harus diraikan, tetapi dengan sikap rendah diri dan
kesedaran. Bila anda kekal berpijak di bumi yang nyata, kejayaan itu bukan
sahaja lebih bermakna tetapi juga lebih berkekalan. Jadi, bagaimana anda ingin
memastikan diri anda sentiasa grounded di puncak kejayaan?
Teruskan Berjuang…..
Kamaruzzaman Bin Kamaludenn (Coach KK) adalah perunding perniagaan sepenuh masa. Beliau menawarkan perkhidmatan sebagai Pengarah Kewangan, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Ketua Pegawai Kewangan dan Pengurus Besar secara kontrak untuk tempoh yang singkat dan secara sambilan buat Perniagaan perniagaan IKS yang tidak berkemampuan mengambil Pihak penguruan sepenuh masa.
Tuan /Puan yang memerlukan bantuan nasihat perniagaan boleh menghubungi saya (Kamaruzzaman Kamaludeen ) untuk bantuan ditalian 019- 445 6669.

Comments
Post a Comment