bagaimana Menguruskan Kritikan Dalaman???

Bagaimana Menguruskan Kritikan Dalaman

Pernah tak kita rasa ada suara kecil dalam kepala kita yang berkata, “Aku tak cukup bagus” atau “Mesti orang lain lebih hebat daripada aku”? Suara ini dipanggil inner critic—ianya adalah kritikan dalaman yang sering membuatkan kita meragui kebolehan sendiri. Jika tidak diuruskan dengan baik, ianya boleh menghalang kita daripada mencapai potensi penuh sebagai usahawan.

Pertama, kenal pasti suara tersebut dan apa yang ia cuba disampaikan. Bila kita mula rasa ragu-ragu atau negatif, berhenti sejenak dan kenali apa yang fikiran kita cuba sampaikan. Kritikan dalaman selalunya datang dari ketakutan atau pengalaman masa lalu. Dengan mengenalpastinya, kita boleh memisahkan fakta daripada perasaan.

Kedua, cabar pemikiran negatif itu. Tanya diri kita, “Adakah apa yang aku fikir ini benar?” Kadang-kadang, inner critic terlalu membesar-besarkan kelemahan kita dan menafikan kekuatan kita, Gantikan pemikiran negatif itu dengan fakta atau bukti kejayaan kita sebelum ini. Ingatkan diri bahawa kita telah melalui cabaran yang lebih besar dan berjaya melaluinya.

Ketiga, ubah inner critic menjadi inner coach. Daripada membiarkan suara itu menjatuhkan kita, gunakan ianya untuk membimbing kita menjadi lebih baik. Contohnya, jika suara itu berkata, “Aku tak cukup bersedia,” ubah perspektif kepada, “Bagaimana aku boleh lebih bersedia?” Dengan cara ini, kita menggunakan kritikan dalaman untuk tindakan positif.

Inner critic bukan musuh kita, tetapi ianya boleh jadi penghalang jika kita tidak tahu cara menguruskannya. Dengan kesedaran dan sikap positif, kita boleh mengubah suara itu menjadi sumber motivasi dan kekuatan. Jadi, apa tindakan pertama kita untuk mula menguruskan inner critic hari ini???

Teruskan Berjuang…..


Kamaruzzaman Bin Kamaludenn (Coach KK) adalah perunding perniagaan sepenuh masa. Beliau adalah pemegang "Certified Professional Business Coach" dan telah membantu ramai usahawan IKS dari tahun 2004.

Tuan /Puan yang memerlukan bantuan nasihat perniagaan boleh menghubungi saya (Kamaruzzaman Kamaludeen ) untuk bantuan ditalian 019- 445 6669.

 

Comments

Popular posts from this blog

Mengapa Aliran Tunai adalah Nadi Perniagaan Anda

Cara Membina Budaya Perniagaan yang Kukuh

Menguruskan Ego kita dalam menguruskan Perniagaan