8 industri yang terkesan teruk oleh Pandemik Corona Virus

Assalamualaikum wbt and Good Morning,

Alhamdullilah diberi peluang untuk kembali berkongsi ilmu bersama Tuan/ Puan setelah sekian lama. Wabak Covid 19 telah mengubah kehidupan kita dan banyak perkata yang kita rasakan sukar untuk dilakukan terjadi dengan sendirinya.

Dalam sesi kali  ini saya ingin berkongsi dengan Tuan/Puan 8 industri yang mengalami kesan negatif yang besar daripada Pandemik ini.

Bank Dunia melaporkan Majoriti dari pengguna akaun Bank Komersial membuat simpanan pada tahap yang tertinggi sehingga 33 % daripada jumlah transaksi sejak dari tahun 1960an. Tahap kebiasaan simpanan adalah diaggarkan pada 10 hingga ke 15% sahaja.

Ini menjadikan kebanyakkan pengguna akaun bank mula membuat analisis berkaitan apakah perbelanjaan yang sebenarnya yang dibuat tanpa disedari selama ini. INI SEBENARYA ADALAH PELUANG UNTUK MEMBUAT SIMPANAN YANG KITA BELANJAKAN SECARA  TIDAK SEDAR SELAMA INI!!!!!

Kita lihat Industri industri yang terkesan

1. AIRINE INDUSTRY
Industri penerbangan menggajikan lebih dari 10.6 Juta pekerja dan kini Jualan turun memdadak sehingga 96%!!!.  Dengan Margin bersih dianggarkan sebanyak 3.26% , Kos Keseluruhan manjalankan perniagaan adalah sebanyak 96.74%. Dan kebanyakkan pemain dalam industri ini TIDAK memiliki Kapal Terbang sendiri ianya di "Lease" dari syarikat lain.

Apakah kesan COVID 19 ini kepada perniagaan yang mempunyai Margin Bersih yang sangat kecil dan tidak memiliki banyak Asset.......

2. ENTERTAINMENT INDUSTRY
Dengan semua panggung Wayang terhenti operasi, Acara - acara Hiburan tidak dapat dijalankan seperti biasa dan tidak dapat menjana perniagaan, Kenapa Amazon berminat sangat nak beli AMC. Dengan Keadaan Pandemik ini Harga saham AMC berada ditahap yang rendah dan menjadikan "Vulnerable" untuk dibeli. Sebabnya kerana AMC mempunyai 1,006 Panggung Wayang dan memiliki AMC bermaksud Amazon merancang menguasai sebahagian dari Industri Hiburan di Holywood.
 COVID 19 menjadikan industri  yang tidak menguntungkan sasaran untuk diambil alih oleh pemain industri industri lain yang berkepentingan...

3. FITNESS INDUSTRI
Industri ketiga yang terkesan teruk oleh COVID 19 adalah industri Kecergasan.  Kebanyakan Operator Gym dan Pusat Kesihatan membuat persediaan untuk mengecilkan dan menutup operasi, malahn industri yang terlibat dengan taman mainan kanak - kanak juga tidak terlepas dari kesan ini. Manakala pengeluar barangan kecergasan persendirian sedang mengalami pertumbuhan luar biasa dengan kebanyakan pelanggan membuat tempahan "Home Based Fitness Equipment". Industry ketiga ini nampaknya ada sebahagian yang mendapat menafaat dari COVID 19 ini.

4.  HOTEL INDUSTRY
Industri Hotel adalah diantara industri yang terjejas teruk oleh COVID 19 dimana Hotel - hotel yang mensasarkan pelanggan tempatan mengalami penurunan sehingga 90 % manakala yang mensasarkan pelancung luar negara, ada yang terpaksa mentutup kerana tiada pengunjung.  Tahun 2020 dianggarkan sebagai tahun yang memberi kesan paling negatif kepada industri ini , malah lebih teruk kesannnya daripada "The Great Depression" pada tahun 1930an.

5.  AIRBNB
Ramai pemilik AIRBNB yang sedang "rush" untuk nak mencari penjual untuk hartanah yang tidak memberi pulangan yang baik. Bagaimana dengan projek projek perumahan yang dimajukan berhampiran lokasi pelancungan yang sentiasa "menjual konsep- Pulangan Sewa yang Tinggi", masih ramaikah pelabur yang akan membeli projek pulangan AIRBNB ini? Walaupun sedemikian, Industri Homesaty yang menjadi sebahagian dari industri ini dijangka akan mendapat hasil yang pertama apabila pelancung tempatan bermula untuk keluar membuat percutian sebaik tamat tempoh PKP nanti.

6.  BIG PHARMA
Kebanyakkan Syarikat Farmaseutikal sedang dalam proses untuk kembali ke negara asal masing masing agar pengeluaran ubatan terutamanya ubatan Generic dapat dilakukan dinegara sendiri tanpa pengaruh negara luar terutamanya Negara China ( 72% dari ubatan Generic USA diimport dari luar USA). Ini memberi kesan kepada Firma Farma gergasi yang terlalu bergantung kepada sesebuah negara untuk pengeluarannya. Banyak pelaburan yang dijangka akan dibelanjakan terutamanya  di Indonesia untuk pasaran Asia.

7. SPORTS ENTERTAINMENT
Dengan tersebarnya Wbak COVID 19 ini, semua bentuk sukan hiburan telah dihentikan. Ini bukan sahaja memberi  kesan secara terus kepada pemain, pasukan, kelab malah kepada keseluruhan industri yang terlibat. Kebanyakan pemain sukan professional kini ditawarkan gaji disekitar 20 % dari gaji asal !!!!!.

8. COMMERCIAL REAL ESTATE
 Industri Hartanah adalah industri ke8 yang terkesan dari COVID 19. Bukan sahaja industri IKS yang terkesan malah malah Jenama Jenama yang terkenal pun mengalaminya. STARBUCKS US Mohon pengecualian sewa untuk 1 tahun!!!


Kesemua Industri dan Perniagaan diatas ini memerlukan  "PIVOTAL CHANGES" yang akan mengubah cara kita semua menguruskan perniagaan dan Percayalah PKP bukanlah untuk kali ini SAHAJA. Setiap kali selepas ini bila kita behadapan dengan sesuatu Pandemik, PKP akan dikuatkuasakan semula.

Setakat ini dahulu perkongsian saya dan sudahi sehingga berjumpa di blog yang seterusnya ye.....



Norma Baharu "Work From Home"

Bizcoach KK / Coach KK adalah Business Coach sepenuh masa  di Biz Doc Coaching and Consultancy dan Pengasas kepada program "Financial Mastery- 9FE Method".

Coach KK adalah juga BisKaunselor (Kanselor Perniagaan INSKEN) dan Pengasas Saluran YouTube "Entre Edge Channel". Mohon share dan subscribe kepada Channel saya sebagai dorongan untuk saya mengeluarkan lebih yang video yang membantu Tuan /Puan

Tuan /Puan yang memerlukan bantuan nasihat perniagaan boleh menghubungi saya ( Kamaruzzaman Kamaludeen ) untuk bantuan ditalian 019- 445 6669.

Content Credit: PBT















Comments

Popular posts from this blog

Mengapa Aliran Tunai adalah Nadi Perniagaan Anda

Cara Membina Budaya Perniagaan yang Kukuh

Menguruskan Ego kita dalam menguruskan Perniagaan