14 Kesilapan lazim Perundingan. Bahagian 1

Kita sentiasa berunding disepanjang kehidupan kita samaada dengan Isteri, dengan anak- anak, dengan saudara mara ataupun ditempat kerja.

Semakin pantas kita mengenal pasti  kesilapan kesilapan lazim yang kita lakukan dalam perundingan, semakin cepat kita dapat  memperbaiki kemahiran perundingan kita dan mendapat keputusan yang kita inginkan.

Kita akan bincangkan 14 kesilapan lazim ( 7 dalam bahagian ini) yang kita sentiasa lakukan dalam perundingan walaupun sebenarnya banyak lagi yang dapat kita senaraikan untuk rujukan:

1. Membenarkan Emosi menguasai kita semasa perbincangan. 
Contohnya: Bila kita berjumpa dengan pihak sekolah mengenai urusan anak- anak kita, kita sentiasa beranggapan anak kita adalah betul kerana anak kita adalah "produk/hasil" kita. Keadaan bertambah tertekan  apabila pihak sekolah menyatakan sebaliknya dan kita merasa marah terhadap kenyataan pihak sekolah, Kita merasakan sedemikian kerana anak kita mempunyai talian emosi yang kuat dengan kita dan ini meyebabkan kita tidak dapat membuat pertimbangnya yang sewajarnya. Langkah yang sewajarnya adalah mendengar sepenuhnya keseluruhan fakta dengan jelas sebelum membuat sebarang penilaian.

2. Menyalahtafsir Kedudukan
Ada kalanya didalam perundingan kita, pihak yang kedua menyatakan sesuatu yang menyebabkan kita marah atau tidak setuju dengan kenyataan mereka. Langkah sewajarnya adalah bertanya beberapa siri soalan tambahan untuk mengesahkan kenyataan pihak kedua. Kebiasaanya bila bertanya dengan lebih terperinci, kita akan mendapat maklumat yang lebih jelas. Selalunya perundingan tidak dapat berjalan dengan lancar sebab kedua dua pihak menbuat tafsiran masing- masing yang salah.

3. Kajian, Kajian, Kajian
Kita hendaklah menbuat kajian secara menyeluruh sebelum perundingan. Saya berpengalaman menceburi bidang perniagaan dengan rakan perniagaan tanpa kajian yang mencukupi. Rujukan yang diperolehi hanya dari 2 sumber. selepas memulakan perniagaan, baru kami mendapati rakan perniagaan ini mempunyai pelbagai masalah dengan pembekal- pembekal termasuk hutang tertunggak ratusan ribuan ringgit. Langkah sewajarnya adalah kajian perlu merangkumi subjek perundingan, pihak yang berunding dan latarbelakang keadaan perundingan sebelumnya.

4. Rujuk Sumber Asal
Pastikan pihak yang kita membuat perundingan adalah sumber Asal/ Sumber utama dalam membuat keputusan. Elakkan membuat perundingan dengan pihak ketiga dan pihak - pihak perantaraan dalam membuat perundingan. Langkah Sewajarnya adalah pastikan pihak yang kita membuat perundingan adalah pihak yang membuat keputusan.

5. Kelebihan
Sediakan senarai kelebihan yang kita sedia ada dalam membuat perundingan. Kesilapan lazim yang dilakukan adalah tidak mengenalpasti kelebihan yang ada dan berbincang mengikut/ menurut kelebihan dari pihak kedua. Langkah Sewajarnya adalah mengenalpasti kelebihan yang sedia ada oleh kedua- dua pihak dalam perundingan untuk memperoleh keputusan yang dikehendaki.

6. Tidak Mendengar dengan baik
Kesilapan lazim dalam perundinagna adalah kita ingin menyampaikan keinginan dan fakta- fakta yang menyokong kita. Langkah sewajarnya adalah mendengar dengan baik keseluruhan perundingan, kita akan dapat melihat tanda- tanda bukan lisan yang wujud dalam perundingan seperti isyarat badan, keyakinan dalam perbincang dan isyarat - isyarat lain yang memberi pemahaman yang lebih jelas keadaan perundinagn yang sedang berjalan.

7. Mengetahui bila Perundingan perlu diberhentikan
Kesilapan lazim adalah memberhenti perundingan diperingkat awal tanpa mencari peluang- peluang lain yang mampu menjayakan perundingan tersebut. Memberhentikan perundingan awal akan meyebabkan kita kehilangan peluang bekerjasama manakala memberhentikan di peringkat yang lewat yang menyebabkan kita kerugian Masa, Tenaga dan Wang. Langkah Sewajarya adaah memberi peluang kali kedua untuk berunding sebeleum membuat keputusan

Bahagian Kedua akan bersambung Jumaat hadapan. Semoga perkongsian diatas memberi manfaat buat semua.



Bizcoach KK ( Kamaruzzaman Kamaludeen ) adalah Principal Coach di Biz Doc Coaching and Consultancy dan Pengasas kepada program "Financial Mastery- 9FE Method"
Content Credit: Patrick Bet David

Comments

Popular posts from this blog

Mengapa Aliran Tunai adalah Nadi Perniagaan Anda

Cara Membina Budaya Perniagaan yang Kukuh

Menguruskan Ego kita dalam menguruskan Perniagaan