14 Kesilapan lazim Perundingan. Bahagian 2
As'Salam dan Selamat Pagi. Berjumpa kembali kita dibahagian kedua, membincangkan 14 Kesilapan Lazim semasa Perundingan. Beralih kepada butiran seterusnya No 8. Ekstrem dalam membuat Perundingan (Sangat Bertegas/Sangat Berlembut) Apabila kita sangat berlembut dalam perundingan kita memberi isyarat kepada pihak kedua bahawa kita berada dikedudukan yang lemah manakala apabila kita sangat bertegas ianya memberi isyarat bahawa kita adalah pihak yang tidak mahu bertolak ansur dalam perundingan. Langkah sewajarnya adalahk kita perlu "balance" kedua dua perkara untuk mendapat persetujuan dalam perundingan dan selalunya ia diperolehi melalui pengalaman yang berterusan. No 9. Memahami Personaliti Perunding Ada sebahagian personaliti yang mahukan perhatian sepenuhnya semasa perbincangan dan kita tidak dibenarkan "mencelah" dalam perbualan pihak tersebut hingga selesai bercakap. Ada sebahagian personaiti yang mahukan respon kita semasa berbincang. Langkah Sewajar...